Memang sudah lama saya mencari, ini rupanya blog sistem kejola.
Ya, untuk makluman ramai, kami sedang berusaha untuk mengumpulkan
semua sistem berkaitan sukan olahraga ke dalam satu blog yang bersifat
hub. Cuma dengan sekali visit, anda dapat lihat banyak maklumat
dan tak mustahil boleh download dengan lebih banyak!
Jumaat, 26 April 2013
Download Sistem Kejohanan Olahraga Tahunan/ Sistem Pemarkahan Sukan versi Excel
A. Apa itu Sistem Kejohanan Olahraga Tahunan (KEJOLA versi 1.0)?
Sistem ini dibangunkan oleh En Azharul Faiz b Zainal Abidin (Pengaturcara Sistem ASP/PHP) menggunakan Microsoft Excel 2007 sebagai platform. En Faiz juga bertanggungjawab mengaturcara sistem LNPT Online (E-Prestasi JPN Perak), Permohonan RK/SMKA/KAA Online JPN Perak dan Sistem Markah Sijil Pendidikan Islam Online/Instrumen Sektor SPI JPN Perak. Kesemua sistem online tersebut diaturcara menggunakan PHP sepenuhnya.
B. Ciri-ciri Sistem Kejohanan Olahraga Tahunan (KEJOLA versi 1.0)
1. Nama peserta dalam setiap borang naik automatik (kecuali Borang Induk)
2. Penentuan EMAS, PERAK dan GANGSA secara automatik apabila masa dikeyin (acara balapan) dan jarak dikeyin (acara padang).
3. Penentuan pungutan pingat naik automatik.
4. Senarai calon olahragawan dan olahragawati naik automatik.
5. Statistik kejohanan menjadi lebih sistematik.
6. Memudahkan pelaporan kejohanan.
C. Kebolehpercayaan Sistem Kejohanan Olahraga Tahunan (KEJOLA versi 1.0)
1. Sistem ini telah diupgrade ke versi 2.0 untuk kegunaan peringkat Daerah sewaktu Kejohanan Olahraga Daerah Kerian Sekolah Rendah 2010 di SM Teknik Kerian (Februari 2010).
2. Segala keputusan rasmi kejohanan adalah berdasarkan sistem KEJOLA ini.
D. Skrinshot Sistem
Skrin utama (skrin asal sistem) |
Contoh pengisian data |
Label:
Kejola Excel
Langgan:
Catatan (Atom)